Casualities of War – Melayu dan MRSM

MRSM Beseri batch 10 - boys

Image by emrank via Flickr

Bila Rozita Che Wan melawan arus diatas sifat kebenaran, beliau dikecam oleh bangsa dia sendiri, terutama guru sekolah dimana anak beliau berlajar. MRSM.

MRSM adalah hasil dari pemikiran orang orang tua kita dahulu kala untuk memberi peluang kepada mereka yang miskin menghantar anak anak mereka berlajar berkumpulan diasrama penuh dibawah program yang di biayai oleh kerajaan memandangkan persekitaran masyarakat Melayu yang daif dan miskin tidak mampu memberi persekitaran yang sesuai kepada anak-anak mereka menjadi pelajar cemerlang. Begitu lah harapan bangsa Melayu didalam kerajaan yang di pelopori oleh UMNO, dan ini amat sesuai dengan fakta perlembagaan dimana Melayu adalah teras bangsa Malaysia.

Dan itu lah yang terjadi. Ramai diantara mereka yang berlajar di MRSM menjadi pelajar terbaik.

Halangan yang di lalui oleh mereka ini bukan sahaja di MRSM. Halangan seterusnya adalah diluar kampus. Hanya kerajaan yang mengambil mereka sebagai pekerja. Yang lebihnya berada di sektor swasta Melayu. Dan ada yang membuka kedai sendiri. Alah hai, produk atau services mereka juga hanya untuk kaum Melayu. Bangsa Cina di Malaysia sedikit pun tidak hingin. Begitu teruknya pukulan kaum Cina keatas anak-anak Melayu yang di “produce” oleh Kerajaan dan dianggap sebagai satu bangsa “bangsat”. Jikalau diterima, mereka hanya lah menjadi pengantara diantara kaum Melayu di dalam kerajaan dan mereka yang berada di lain-lain sektor untuk kaum Cina.

Bila hal buli dan membuli itu kedengaran di MRSM Kuantan, saya ingin menyatakan pengalaman saya. Perkara buli membuli ini sudah menjadi darah daging Melayu. Kerana, mereka ini terdiri dari orang miskin. Orang miskin berhak dibuli. Sebab orang miskin dibuli pun apa mereka hendak buat. Orang miskin ini berhak dibuli sekeras-kerasnya. Itu tanggapan kebanyakan Melayu di MRSM. Ini berlaku dari zaman dulu sampai lah sekarang. Itu sebab bila Cina membuli Melayu, “no hal”. Tiada siapa akan ambil peduli.Tengok sistem panel yang dibuat oleh kaum Cina, “No Cina No Way and No Chance”. Melayu sahaja yang berlembut beri kerja kepada orang Cina. Melayu memang bangsa bangsat. Itu tanggapan mereka. Dan itu tanggapan kaum pendidik di MRSM. Melayu boleh menjadi “driver”. Driver Cina adalah driver teksi.

Memang banyak kes yang tidak diluahkan dari MRSM. Kerana nya, Melayu tidak berduit. Bising nanti pelajar kena buang. Sedangkan “physical dan mental harassments” keatas kaum Melayu di MRSM telah berlaku semenjak dahulu kala. Guru boleh bertindak menuduh murid sebagai perokok dan atau penghisap dadah, tanpa bukti, untuk memalukan mereka di depan pelajar lain. Harrasment bersangkutan “sex” juga kedengaran. Guru boleh bertindak ganas keatas murid-murid dengan memukul sesuka hati, supaya mereka dihurmati dan kata-kata mereka di ikuti. Begitu lah Melayu satu kaum lemah, suka membuli kaum mereka sendiri. Diatas sifat kelemahan mereka sendiri samaada dari dalam hati dan sifat luaran. Boleh disimpulkan sebagai cara “Hitler” mengajar anak kaum mereka sendiri, itu kah sebabnya LGE menuduh kita ikut cara Hitler?.  Jangan harus kita bagi peluang orang kata begitu, dan ubah cara kita, jangan kuat menindas orang miskin.

Itu lah cara kaum Melayu melatih kaum mereka. “Humiliating dan humiliated, harassing dan harassed”. Kerana selepas mereka keluar MRSM, mereka di “humiliated” oleh kaum Cina dan mereka boleh hidup supaya tidak melawan.

Jikalau kita mahu menjadi satu bangsa yang kuat, seperti bangsa Amerika, ini adalah satu cara yang salah. Kita harus melawan keburukan dan kejahatan. Memukul anak murid yang berumur dari 10 hingga 15 tahun itu satu jenayah besar dan tidak harus di restui oleh pengetua walaupun demi mencapai keputusan baik. Buruk peranggai tetap satu keburukan. Keputusan baik adalah kerana anak murid yang baik, bukan dari pengalaman guru yang amat jahat. Perkara “harassment” dan “humiliating” anak murid yang tidak berdosa, satu kerja yang di kelaskan sebagai dosa besar. Kepada bangsa dan agama.  Dan ini akan merosak minda mereka. Merosak kemampuan mereka berfikir secara logik, kritikal dan “lateral”.

Saya amat teruja cara Rosita mengambil tindakan keatas MRSM itu kerana tanpa beliau, semua mereka yang kena dera ini adalah the “casualities of war” dalam senyap yang berlaku selama ini didalam kita mengejar pelajaran anak-anak kita yang akhirnya tiada siapa mahu kecuali sektor kerajaan.

"Dogs get better respect than us, the Malays, why? "

Ingat-ingat lah bangsa Melayu. Jangan terikut ikut chauvinist diluar sana. Ajar mereka kebaikan bukan keburukan. Buruk datang dari diri anda, baik itu datang dari hati yang bersih. Murid murid adalah anak bangsa kamu yang amat bersih dan naif.

Bagi saya, MRSM sudah menjadi institusi yang semakin laput, ketinggalan zaman didalam segi “cara mendidik”. Ini kerana ramai bekas pelajar telah tercicir, diluar dan didalam sistem perkerjaan di Malaysia.

Eekaa # eekaawordpresscom

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s