Libya terkini: “Dulu serang, sekarang serang, apa yang anda mahu? -Aisha Gaddafi”

"Mereka ini "Gangsters" dan Barat melindungi "penduduk awam" seperti ini, kami semua ini penduduk jenis apa?"- Aisha Gaddafi.

"Mereka mengunakan senjata moden dan Barat melindungi mereka, mengapa tidak melindungi penduduk Palestin yang mengunakan batu batu melawan gangster Yahudi?

"Barat memang senggit kepala, dan mereka ini gemar main bontot awak semua, tahu tak" itu kut Gaddafi cakap semalam, saya tidak berapa dengar lah semasa beliau bercakap semalam.

Aisha Gaddafi: Dulu serang, sekarang serang, apa yang anda mahu?

Anak prempuan Gaddafi, Aisha Gaddafi menentang keras tindakan barat mengesa bapanya berundur seolah-olah cuba mempermainkan Negara Libya.

“Dalam tahun 1911, Italy telah membunuh datuk saya dengan serang udara, dan sekarang mereka mencuba membunuh bapa saya. Semoga tuhan membalas kejahatan hati mereka,” Aisha berkata didepan pengikut setia Gaddafi di Bab Al-Aziziyah dibandar Tripoli.

Perjumpaan itu merupakan ulangtahun ke 25 serangan udara Amerika keatas kompleks tersebut yang menyediakan penempatan tentera.

“Dimasa serangan saya berumur 5 tahun, “ kata Aisha. “Mereka menjatuhkan bom dan peluru berpandu dan cuba membunuh saya dan telah membunuh ramai kanak kanak Libya,” beliau berkata disambut dengan tepukan gemuruh dari semua pengikut setia Gaddafi.

“Sekarang setelah suku abad kemudian mereka menghujani kita dengan bom dan peluru berpandu juga, cuba membunuh anak-anak saudara semua dan saya.”

Perjumpaan di Doha semalam, barat dan sesetengah Negara Timur Tengah mengesa Gaddafi supaya meletak jawatan.

“Bertindak menyuruh Gaddafi meletak jawatan merupakan tindakan membuli dan tidak menghormati perlembagaan Libya, kerana, Gaddafi bukan di Libya, tetapi di hati semua penduduk Libya,” kata nya lagi.

Berucap membahas tindakan barat menyerang Libya mengikut resolusi PBB sebagai bertindak bagi menyelamat penduduk awam Libya, beliau berkata “Siapa penduduk awam yang dilindungi oleh anda?, adakah mereka itu yang menggunakan senjata automatic dan bom tangan? Adakah mereka itu penduduk awam yang tidak bersalah yang anda semua ingin menyelamatkan mereka semua, bagaimana penduduk awam Tripoli?”

Seorang penyokong pemberontak di Misrata berkata, ucapan Aisha itu merupakan ucapan seorang yang amat kecewa.

“Gaddafi memerintah Libya secara kuku besi selama 41 tahun, membunuh sesiapa yang cuba melawan beliau,” Marwan, 22, berkata.

“Apa yang beliau nyatakan itu merupakan kekecewaan bagi pihak keluarga Gaddafi, dan dari para pengikut setia mereka. Mereka tahu masa tidak menyebelahi mereka” kata beliau kepada wartawan Reuter dari bandar ditepi pantai itu.

Sementara itu, TV Arab Al-Arabiya, melapurkan Musa Koussa ingin menetap di Qatar, sebagai tetamu khas keluarga di Raja Qatar setelah dibenarkan keluar dari Britain.

Britain telah membenarkan Koussa meninggalkan Britain untuk menghadiri persidangan di Doha mengenai masa hadapan Libya.

Tetapi di lapurkan para pemberontak tidak ingin berjumpa dengan beliau kerana mengikut mereka dia mempunyai rekod buruk dan para pemberontak mempunyai rekod yang baik kerana mereka memberontak melawan Gaddafi “mengunakan bom dan peluru berpandu”.

Semalam EU telah membenarkan Koussa mengunakan asset beliau di luar Negara.

Britain menjangka Koussa akan kembali ke negara itu setelah menghadiri persidangan di Doha, tetapi dari apa yang di lapurkan, Koussa mungkin tidak akan kembali ke UK dan ini mengecewakan Britain kerana mereka ingin mendakwa Koussa kerana dituduh terlibat dengan keganasan.

Semalam, tentera Gaddafi telah mengebom bandar Misrata dan membunuh beberapa orang pemberontak.

Gaddafi dilihat berjalan di Tripoli meninjau kerusakan di bandar itu dari serangan udara oleh tentera barat.

Sementara itu, juruterbang Typhoon tidak dapat menerbangkan jet tersebut kerana kekurangan alat ganti. Penduduk Britain mengutuk kementerian pertahanan Britain kerana telah mengunakan wang rakyat membeli jet yang amat mahal bagi kepentingan kroni kroni mereka didalam kerajaan.

Cara mudah menutup tuduhan dari orang ramai adalah dengan mendapat hasil mengunakan kepakaran tentera menyerang negara yang melawan pendapat barat.

Sinbab #eekaawordpresscom

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s