Libya terkini: “Benghazi, serah diri dalam 48 jam” – Saif al-Islam Gaddafi

Pemberontak melarikan diri dari Bandar Ajbadiyah sambil memegang senjata anti pesawat.

Tentera Gaddafi mengambil alih Ajbadiyah.

Tentera Libya meminta pemberontak Benghazi menyerah diri kerana bandar itu akan di tawan dalam tempuh 48 jam.

Tentera Libya menyuruh penduduk Benghazi meletak senjata kerana askar dan para militari mereka sedang berada berdekatan dengan bandar itu yang di katakan sebagai bandaraya kuat pemberontak Libya melawan Gaddafi.

Anak Gaddafi, Saif al-Islam, berucap di TV Perancis TV Euronews, berkata tentera beliau telah dekat dengan Benghazi dan semua pemberontakan ini akan tamat dalam tempuh 48 jam.

Bandar Ajbadiyah, 150 kilometer di selatan Benghazi di Teluk Sirte sudah jatuh ketangan pemerintah Libya setelah dihujani tembakan artileri pada hari Selasa. Mereka yang masih tinggal di bandar ini telah menyerah kalah, meletak senjata dan menyerah diri kepada tentera Gaddafi.

Di Benghazi, kekuatan Majlis Kerajaan Sementara Libya telah goyah, ada diantara ketua-ketua mereka merasa cemas dan ada juga berkeras untuk berperang. Kebanyakan rakyat biasa meramalkan kejadian pertumpahan darah dikalangan mereka yang degil bakal belaku dan ada yang bertekad untuk mengalirkan darah terakhir, seperti kata-kata Gaddafi dahulu dan percaya mereka akan terus memang berperang dengan Gaddafi.

Tentera yang setia dengan Gaddafi telah mengambil alih beberapa bandar yang telah ditawan pihak pemberontak  dalam masa 11 hari, meletakkan kekalahan kepada kejayaan pemberontak dalam tempuh 14 hari melawan Gaddafi.  Kesemua kawasan utama pengeluaran minyak telah kembali ketangan kerajaan Libya.

Kenyataan rasmi tentera menyebut di TV bahawa kekuatan tentera adalah digunakan sebagai membantu menyelamat penduduk dan rakyat di Benghazi dari kekecuhan dan pemberontakan, dan menyatakan tentera tidak akan membalas dendam keatas pemberontak jalanan sekiranya mereka menyerah diri.

“Beritahu anak-anak saudara semua yang telah diracuni akal dengan dadah supaya meletak senjata kepada tentera Ketua Kerajaan Rakyat Libya dan mereka akan di selamatkan mengikut kehendak Komander Gaddafi dan tawaran ini sah kepada mereka yang telah menyerah senjata dan akan di lindungi dari penahanan subversif,” kenyataan itu sebagai memberitahu.

Penduduk Benghazi juga menjumpai kenyataan yang ditulis dan di letakkan di kebanyakan jalan dengan memberi jaminan mereka tidak akan di ambil tindakan sekiranya menyerah diri.

Surat yang di letakan di jalan-jalan itu juga menyatakan kebanyakan mereka yang memberontak itu mempunyai hubungan dengan penganas Al-Qaeda dan dikhayalkan dengan dadah.

Saif al-Islam tidak ambil peduli dengan kerenah kuasa besar untuk mengadakan kawasan larangan terbang di Libya.

“Operasi tentera akan berakhir. Dalam 48 jam semua nya akan selesai. Tentera kita telah mendekati Benghazi. Apa apa keputusan yang akan diambil, semua nya sudah terlambat.,” beliau memberitahu Euronews.

Médecins Sans Frontières

Image by dreamsjung via Flickr

Organisasi bagi membantu rakyat Libya di Benghazi, Medecins Sans Frontiers berkata mereka telah membawa keluar semua pegawai dan pembantu mereka dari bandar itu.

“Keselamatan didalam kawasan perang membuat kami tidak dapat melakukan kerja dengan effektif dan sukar bagi kami bergerak ketempat yang khidmat kami dikehendaki,” kata jurucakap pertubuhan itu.

Bekas kakitangan Gaddafi yang tinggal di Benghazi, Salah Ben-Saud lebih yakin dengan keadaan di Benghazi dan berkata kehidupan di bandar itu sebagai biasa.

“Ada berita mengatakan Gaddafi akan mengambil alih Benghazi dan ini menyebabkan ramai penduduk resah dan ketakutan, tetapi beliau tidak berbuat begitu, sekiranya beliau menyerang, beliau tidak akan berjaya,” beliau menyambung.

Walau bagaimana pun beliau yakin pemberontak masih mengawal Ajdabiyah, dan sebenarnya bandar itu telah jatuh ketangan Gaddafi dan ramai telah menyerah diri.

Adel Yahya, bekas pemberontak yang telah menyerah diri, memberitahu melalui telefon bandar Ajdabiyah telah di ambil oleh tentera Gaddafi.

“Saya keluar dan memberitahu saya ada senapang dan menyerahkan senjata. Kami semua menyerahkan senjata kepada tentera, dan mereka menyuruh kami meraikan kemenangan Gaddafi. Kita kalah, kita kalah,” beliau berkata dengan menanggis sekuat kuat hati.

Tentera pemberontak terdiri dari pemuda belasan tahun tanpa pengalaman berperang telah berhadapan dengan tentera para military terlatih, kereta kebal dan jet pejuang.

Sementara menuju ke utara mengikut jalan utama ke Benghazi, mereka juga menyerang kawasan timur melalui padang pasir ke Tobruk 400 km bagi mengekang Benghazi, bandaraya para pemberontak tersebut.

Sementara itu sebuah kapal penuh dengan peralatan senjata telah ditahan pihak berkuasa Israel di Laut Mediterranean. Kapal itu menuju kesatu destinasi di sempadan Mesir dan Tunisia dipercayai untuk kegunaan para pemberontak Libya.

Sementara itu di Bahrain, tentera bersikap kasar dengan mengancam penduduk yang tidak bersenjata, lihat vedio di bawah. Vedio ini mengandungi unsur keganasan : ( WARNING: Graphic video. May not be appropriate for all audiences). Walaubagaimana pun, tidak ada bukti bahawa pedemostrasi itu maut dalam kejadian ini.

Sinbab #eekaawordpresscom

source of news: BBC, Al Jazeera, Telegragh UK and the Mirror UK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s