Libya terkini: Pendatang asing memenuhi kawasan pantai Itali.

Libya terkini: Itali menahan pendatang asing dari Libya ke Itali.

Di awal rusuhan pemberontak di Libya, Col Gaddafi  semasa pertama kali berucap dikaca di TV beliau telah menyatakan bahawa Libya merupakan sebuah negara yang menjalankan tugas sebagai penghalang kepada pendatang asing ke Itali dan lain-lain negara di Eropah.

Sebuah ferri membawa 1,800 orang bakal pendatang asing ke Itali telah ditahan oleh pihak berkuasa Itali semasa ingin berlabuh di Sicily. Mereka merupakan rakyat Morroco melarikan diri dari kancah peperangan.

Oleh kerana Libya masih berperang dengan pemberontak, tugas menjaga penghijrahan bakal pendatang asing ke benua Eropah terpaksa dilakukan oleh penjaga pantai di Itali dan lain-lain negara di Eropah.

Sementara itu seramai 41 orang dikuatiri maut setelah bot mereka terbalik di kawasan pantai Tunisia.

Lima diselamatkan oleh sebuah bot lain yang menuju ke Pulau Lampedusa.

Semenjak Isnin  sebanyak 21 bot telah tiba ke Itali dari Tunisia membawa 1,600 orang pendatang tanpa izin dari benua Afrika.

Ferri  “The Mistral Express “ dari barat Libya terletak lebih kurang 150 batu neutikal ke pelabuhan Augusta di pantai timur Sicily.

Ferri itu membawa 1,715 orang dari Morroco, 35 orang dari Algeria, 26 orang dari Mesir, 7 orang dari Tunisia, dan lain-lain dari Mali, Sudan, Syria dan Mauritania.

Bot itu telah di sewa khas oleh mereka semasa kancah perang saudara di Libya dan mereka mengunakan kesempatan dari sitiuasi tersebut untuk berhijrah menjadi pendatang tanpa izin ke benua Eropah.

Sinbab #eekaawordpresscom

source of news: BBC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s