“Tak tahan Kot Road” – Tottenham Court road

Kota Bharu Central Market

Pasar Besar Kota Bharu (Image by phil.lees via Flickr)

“Bandar masih kotor. Tetapi kita telah buat apa yang patut, belum mencapai sasaran”. Kata Datuk Takiyuddin Hassan, Exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan semasa mengadakan gerak tempur kebersihan di Kota Bahru, semalam.

Semasa berjalan-jalan di West End setelah habis kuliah dan sedang dalam perjalanan ke flat, saya acap kali bertemu “Ore Kelantee”. Mereka adalah kaum Melayu yang peramah. Serius tetapi suka berjenaka. Acap kali saya dengar mereka menyebut “Tottenham Court Road” Station sebagai “Stesen Tak Tahan Kot Road“. Station LRT bawah tanah itu terletak ditengah-tengah bandar West End. Malahan bila malu mereka terus berjenaka lagi sambil bertanya “what’s time the train goes Tumpat?”. Padahal Tumpat berada di Kelantan, bukan di kota raya London.

Apa yang saya timbulkan ini bersangkut paut dengan kekotoran di Kota Bharu. Bandar kotor. Orang Kelantan, setahu saya adalah orang paling cerewet tentang kebersihan. Kebanyakanya. Mereka yang paling bersih. Lawatan saya kerumah sebahagian besar “ore Kelantee” disini dahulu melihat bagaimana rapinya mereka menjaga kebersihan rumah mereka. Tempat sembahyang dan tempat makan dalam sebuah bilik kecil itu amat nyata garisan tempat letaknya. Tidak seperti  “ore-ore” dari negeri lain, kelam kelibut.

Sekarang ini mengapa Kota Bharu masih kotor dan Exco mereka sendiri mengakui Kerajaan negeri belum mencapai matlamat “Kota Bharu BRI Bersih”.

Saya rasa lah, menjaga kebersihan itu memerlukan perbelanjaan yang tinggi kerana kerja-kerja pembersihan ini kerja “manual”, perlu ramai kakitangan. “Feet  Hand” perlu di bayar gaji dan peralatan membersih, loji sampah, kawalan selia urus, kawalan “kompaun” dan lain-lain lagi. Bila “Feet Hand” berkerja kuat, ianya akan menjadi satu budaya yang akan dinilai oleh masyarakat untuk bersama menjaga kebersihan.

Ekonomi membangunkan budaya itu juga harus berasaskan kemampuan ahli masyarakat. Semakin tinggi keinginan ahli masyarakat kepada kebersihan, semakin tinggi keinginan mereka membayar kearah kerja-kerja pembersihan.

Cukai pintu yang masih di tahap lama dengan kutipan dibawah paras kos semasa adalah salah satu sebab ekonomi membersih kawasan di Kota Bharu tidak terkawal baik.

Walaupun Kerajaan Islam Kelantan tidak mahu membebankan ahli masyarakat dengan kutipan cukai pintu melampau batas, tetapi kebersihan itu asas kepada agama. Ini memerlukan peruntukan besar dengan kiraan kos semasa.

Oleh itu, masyarakat yang perihatin harus membayar nilai semasa kepada segala kerja-kerja itu dan ini dapat dibuat melalui penilaian semula hartanah-hartanah di kawasan bandar. Jikalau takut hilang pengaruh kerana kadaran baru akan menaikkan tarif bayaran bulanan cukai pintu di Kota Bharu, maka kos perbezaan diantara harga semasa dengan kutipan harus ditanggung oleh kerajaan negeri. Dengan sedikit kebijaksanaan, amaun kompaun yang dikumpul juga boleh diguna pakai bagi menanggung kekurangan kutipan sekiranya berlaku.

Jikalau ini tidak berlaku, maka, setiap tahun Exco yang bertanggung jawab akan tetap berkata “kami belum mencapai matlamat Kota Bharu BRI Bersih” setiap awal tahun. Silap haribulan mereka akan terlepas kata “mana dia stesen Tak Tahan Kot Road” dan terus berjenaka dengan kata-kata “what’s time the train goes Tumpat“.  Bagi menutup malu terus bantai kita pula dengan perkataan ini ” Wait a minute, why you jalan kekcok ni?.

Kelakar “ore Kelantee” semacam boss dia lah.

eekaa # eekaawordpresscom

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s