Rakyat pemalas, rajin tidak bertempat

a work by nusret colpan depicting the islamic ...

Dunia Islam (Image via Wikipedia)

Orang Islam di serata dunia adalah kumpulan orang-orang paling kuat penyabar, orang-orang yang paling kuat nafsu shawat dan orang-orang paling malas belajar.  Bila ekonomi dunia di ledak oleh kejatuhan pasaran kewangan di benua Europah dan Amerika, tidak ada satu pasaran dunia Islam dapat menyelamatkan sistem kewangan di negara negara Islam. Pasaran kewangan di dunia Islam merudum selangkah dengan semua negara-negara bukan Islam.

Kemunculan ekonomi baru di India dan Cina membuktikan ekonomi dunia bergantung kepada kepandaian pengurusan kewangan dan jumlah penduduk sesebuah negara. Walaupun pertambahan penduduk di negara negara Islam telah berganda, pertambahan penduduk menjadi satu masaalah besar, tidak di Cina dan India.

Kejatuhan negara negara Islam di Asia Barat berpunca dari revolusi Jasmine di katakan bermula dari ketidakpuasan hati rakyat kepada corak pemerintahan adalah satu pembohongan yang nyata.

Mengapa mereka bertindak selepas 41 tahun di Libya,  21 tahun di Mesir, 18 tahun di Tunisa? Mengapa semua pemerintah di negara-negara di puji sebelum ini? Di katakan semua pemerintah mereka yang amat perihatin kepada rakyat?.  Mengapa sekarang baru bangkit bertindak merubuh pemerintahan yang di agungkan oleh mereka sendiri sebelum ini?. Malahan ada antara parti politik Malaysia menjadikan negera- negara ini sebagai negara contoh untuk di bina di Malaysia?

Mereka rajin berumah tangga, membesarkan populasi negara yang bertambah lebih berganda-ganda banyak dari pertambahan arnab-arnab yang lazimnya beranak pinak secara laju dan cepat membiak.

Di negara barat pertambahan penduduk tidak secepat yang di terjadi di negara negara Islam. Mesir mempunyai penduduk dua kali ganda di bandingkan 30 tahun dahulu, bererti semua keluarga Mesir “mengeluarkan” seramai 40 juta rakyat baru Mesir dalam tempuh masa 30 tahun kepada 83 juta sekarang ini.

Kualiti pembelajaran rendah dan tidak memenuhi kehendak zaman baru yang komplek dan kompetitif telah melibatkan 40 juta rakyat baru Mesir tewas didalam usaha mereka mengembangkan ekonomi Mesir bagi menampung keperluan makanan dan tempat tinggal kepada semua rakyat yang telah berganda-ganda didalam bilangan. Kejatuhan pasaran kewangan dunia juga memburukan lagi ekonomi negara negara Islam di Asia Barat yang masih bergantung kepada pasaran kewangan kewangan Kristian, kerana orang orang Islam sendiri tidak berilmu dan sangat pemalas di dalam mengekplotasikan ekonomi baru di kawasan mereka sendiri.

Mereka asyik dengan keindahan dunia, bertemasha dengan lagu-lagu cinta, bergelek-gelek dan berfoya-foya dengan perempuan cantik kerana mereka mempunyai pemberian tuhan yang amat berharga dimasa ini iaitu minyak.  Mereka asyik dengan agama mereka, agama Islam, agama teragung akhir zaman tanpa memberi apa-apa faedah kepada ummah seluruh dunia. Mereka sebenarnya meyembah “Islam” kerana ianya satu agama agung akhir zaman dan bukan menyembah Allah kerana beragama Islam.

Pemalas akan terasa bahang kemalasan mereka bila makanan sudah habis. Di Amerika dan negara negara barat lain, walaupun mereka negara Kristian, rakyat mereka dituntut untuk menuntut ilmu. Mereka juga pandai mengurus simpanan kewangan peribadi dan simpanan bahan makanan malahan negara mereka merupakan sebuah negara penyimpan bahan makanan yang effectif dan mampu bertahan 10 atau 20 tahun kehadapan sekiranya  ekonomi negara dilanda masaalah seperti keadaan kegawatan ekonomi sekarang yang melanda mereka.

Di Mesir, malahan di lain-lain negara di Asia Barat seperti Libya dan lain lain negara yang bergolak sekarang, tidak sampai dua tahun selepas kejatuhan sistem kewangan dunia, peruntukan simpanan peribadi dan bahan makanan untuk rakyat telah habis. Sifat pemalas umat Islam di negara-negara itu tidak membuka peluang ekonomi baru kepada mereka bagi menampung perbelanjaan dan mereka kelaparan serta kekurangan bahan makanan dan terpaksa menanggung kenaikan kos sara hidup yang tinggi dengan kenaikan mendadak harga barang-barang diseluruh dunia.

Akhirnya para pemalas tegar ini akan menyalahkan kerajaan mereka yang mereka puja dan sembah bersama ke-Islaman mereka berabab lamanya.

Negara negara Islam akan dimamah oleh kejatuhan ekonomi barat  kerana mereka tidak bersedia dengan ilmu dan pengetahuan baru, pemalas menimba ilmu dan berkerja membesarkan skop ekonomi walaupun para ilmuan berpendapat Islam itu sumber kepada segala ilmu di dunia dan akhirat.

Ini lah satu sifat ke-Islaman di akhir-akhir zaman yang telah menguna Islam kerana kepentingan politik.

Tuhan nyatakan berilmu lah dalam perkataan paling “simple”,  “baca”.

Sudah lah satu umat pemalas dan tidak berilmu, tetapi, suka menyalahkan orang lain kerana kesalahan diri sendiri.

sinbab #eekaawordpresscom

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s