Libya : “Dengar sini, kalau tak, zappo.” Boss Libya

Tripoli. Libya. Medina.

Tripoli Libya, (Image via Wikipedia)

Penunjuk Perasaan di Tripoli, gambar Reuters

Kahirah, Mesir  23 Februari 2011

Penunjuk Perasaan di Tripoli, gambar AP

Letupan senjata api bergema di Tripoli semasa tentera pro Gaddafi mengambil tempat di Bandar itu manakala perusuh anti kerajaan menyatakan telah mengambil alih beberapa kawasan di dalam bandar itu, sementara ramai pegawai tinggi kerajaan dan diplomat telah meninggalkan Col. Gaddafi.

Semasa penduduk di kawasan timur Libya sedang bertemasha kemenangan dengan mengibar bendera lama Libya, keaadan di Tripoli sunyi sepi, dan penduduk khuatir untuk keluar rumah berhapadan dengan tembakan rambang tentera pro Gaddafi.

Kemarahan dari komuniti antarabangsa merebak selepas Gaddafi berjanji akan bertahan dan menyeru semua penyokong beliau melawan semua penunjuk perasaan. Pertahanan yang di lakukan oleh Col Gaddafi ialah yang paling teruk dilakukan oleh sebuah kerajaan di Asia Barat semenjak berlaku nya rusuhan anti kerajaan di seluruh negara negara timur tengah itu.

Franco Frattini, Menteri luar Itali menganggar seramai 1,000 orang telah terbunuh semasa kemunjak rusuhan di Libya dan ini angka yang boleh dipercayai, walaupun lapuran penuh kematian atau kecederaan masih belum siap. HR (Human Right) dari New York berkata, mengikut bilangan rambang jumlah terbunuh mungkin menjejah angka 300 orang.

Rusuhan di Tripoli berlaku setelah penduduk berkata mereka telah “menawan” Bandar Misrata dengan mengibar bendera lama Libya untuk merayakan kemenangan di sepanjang jalan raya.

Misrata adalah bandar besar yang pertama di Barat Libya jatuh ke tangan penunjuk perasaan manakala bandar-bandar lain terletak di bahagian timur.  Faraj al-Misrati, seorang doktor tempatan, berkata enam penduduk telah terbunuh dan 200 lagi cedera semenjak 18 Februari setelah perusuh menyerang banggunan kerajaan pro Gaddafi.

Beliau berkata penduduk telah menubuh pasukan sukarelawan menjaga kawasan bandar, mencuci jalan-jalan dan merawat mereka yang tercedera.

“Dia ikut penunjuk perasaan tidak balik lagi. Keluarga dalam kerisauan,” dia berkata.

Dia juga berkata jalan-jalan masih kosong dan mereka yang tercedera takut untuk ke hospital kerana risau kena tembak.

Gaddafi dilihat kehilangan para penyokong setia beliau;  sekurang kurang satu suku kaum terbesar Libya, beberapa cawangan tentera dan diplomat, termasuk ambassador ke Washington, Ali Adjali, dan timbalan ambassador ke UN, Ibrahim Dabbashi.

Embassy Libya di Austria turut menyelar keganasan keatas rakyat Libya dan menyatakan mereka berpihak kepada rakyat Libya.

Amaran dari masyarakat antarabangsa meningkat dari keadaan kucar kacir di Libya dan keadaan tidak menentu ini  telah menyebabkan harga minyak naik tertinggi (lebih USD 100 setong) didalam  dalam masa dua tahun. Komuniti Europah telah mengerakkan pasukan membawa balik warga mereka dari Libya. Sekuriti Council Bangsa Bangsa Bersatu telah mengadakan satu musyuarat tergempar bagi menggutuk tindakan ganas Libya dan menyatakan simpati keatas rakyat Libya serta meminta kerajaan Libya menunaikan semua kehendak rakyat mereka dengan segera.

Nikolas Sarkozy, Presiden Perancis, juga memohon EU membuat sekatan keatas kerajaan regime Libya dengan menyekat hubungan ekonomi dan perdagangan di antara mereka dengan Libya.

“Dengan memanjangkan tindakan ganas keatas rakyat Libya, ini satu perbuatan yang amat terkutuk” Sarkozy berkata dalam satu berita. “Komuniti antarabangsa tidak boleh menjadi pemerhati di dalam tindakan ganas dan mencabuli hak asasi manusia dengan teruk.”

Lapuran berita dari Itali itu juga berkata saksi dan dokumen dari hospital di Libya membuktikan seramai 1,000 orang telah mati terbunuh di bandaraya Tripoli sahaja.

“Kita belum mendapat pengesahan terkumpul jumlah sahih kematian.” Frattini sebagai berkata semasa berucap di gereja Chatolik di Rome sebelum perbincangan di Parliament bersabib Libya. “Kita percaya anggaran 1,000 orang terbunuh itu munasabah.”

Libya pengekport minyak terbesar ke Itali, dimana Negara itu mempunyai rangkaian perdagangan didalam bidang tenaga, pembinaan dan lain-lain rangkaian perniagaan di Libya semenjak hubungan perdagangan sebagai rakan karib berabab-abad lamanya.

Frattini berkata kerajaan Itali meminta supaya keganasan teruk ini dihentikan walaupun Gaddafi tetap melawan dan terus berkuasa.

Gambar yang mengatakan video askar-askar Libya dibakar setelah enggan memembak perusuh anti kerajaan, walaubagaimana pun, rakaman tersebut belum disahkan kebenaran oleh mana mana pihak.

Mat Ell  #eekaawordpresscom

souces of news: Huffingtonpostcom.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s