Libya : Fakta Kerajaan Libya

Fakta Ringkas Terkini Mengenai Libya:

Kerajaan:

Muammar Gaddafi -

Libya di bawah kerajaan ketua authoritarian Muammar al-Gaddafi (ada di eja al-Gadhafi), semenjak 1969. Dalam tahun 1992, Bangsa Bangsa Bersatu meletakkan Libya dibawah sekatan ekonomi kerana didakwa pencetus keganasan. Reuters mengatakan penyekatan antarabangsa di tamatkan pada akhir tahun 2003, selepas Libya menghentikan program pembinaan senjata (wmd). Dalam tahun 2009, al-Gaddafi menjadi pemerintah yang paling lama di antara para pemerintah bukan keluarga DiRaja, dan paling lama memerintah sesebuah negara dalam sejarah.

Ekonomi:

Pengeluar minyak terbesar di Afrika Utara.

Libya sebuah negara pengeluar minyak. Mengikut lapuran CIA Fackbook, ekonomi Libya bergantung kepada hasil pengeluaran minyak, iaitu sebanyak 95% hasil export, 25% GDP, dan 80% hasil kerajaan Libya. Sejumlah besar hasil dari sektor tenaga ini dengan jumlah kecil penduduk, mengambarkan jumlah tertinggi per kapita GDP di Afrika, tetapi sedikit dari hasil ini di laburkan bagi kegunaan rakyat.

Pendidikan:

Para penduduk yang berpelajaran

Mengikut fakta sahih, 82% penduduk Libya (berumur 15 tahun keatas) adalah berpelajaran.

Penduduk Libya:

6 Juta penduduk

Jumlah penduduk Libya adalah seramai 6,036,914, didalam sebuah negara berkeluasan 1, 759,540 kilometer persegi. Bahasa harian adalah Arab, Italian, dan English.

Iklim

Negara Meditteraniun

Di kawasan rendah tepi pantai beriklim Mediterranean, suhu sederhana panas di musim panas, sederhana sejuk di musim sejuk, dan kurang hujan. Cuaca sejuk di tanah tanah tinggi. Manakala di kawasan gurun dan padang pasir cuaca panas terik dan suhu panas yang tidak menentu.

Pekerjaan

Berita Afrika Online menyebut Libya mempunyai kadar pengganguran tertinggi melebihi 30%, manakala 40% hingga 50% lagi merupakan kadar pengganguran di kalangan remaja. Kenaikan kadar harga makanan dan lain lain menyebabkan penderitaan keluarga miskin yang semakin teruk.

Gurun

90% kawasan bergurun Padang Pasir Sahara.

Padang Pasir Sahara terletak di dalam Libya merupakan 90% dari kawasan Negara Libya.

Kaum Wanita

Kaum Wanita dilihat menyumbang kepada ideologi keluarga.

Kaum wanita mempunyai peranan yang di lihat sebagai rhetoric kerajaan Libya, kaum lelaki masih memainkan peranan besar dalam institusi keluarga di Libya.

Sejarah

Salah sebuah negara lama Greek dan Roman dan dibawah Ottomman Empire.

Sebagai salah sebuah negara Roman dan Greek lama, Libya telah ditakluki oleh Carthage, Arabia, Morocco, Sepanyol, dan Mesir dalam sejarah Libya. Dari 1551 hingga 1991, Libya merupakan sebahagian dari Ottomman Empire. Libya di jajah oleh Italy pada tahun 1911. Dalam Perang Dunia 11, Libya merupakan padang tempur bagi wilayah wilayah di Afrika Utara yang bergolak didalam perang dunia itu di bawah kerajaan tentera Anglo French.

Air:

Air adalah komoditi penting di Libya. Dibawah program terbesar, Gaddafi telah membina saluran air melalui Padang Pasir Sahara sepanjang  3, 840 kilometers ke Bandar Bandar Tripoli dan Benghazi dikawasan pantai.

Agama

Agama Islam 100%

Agama Islam.

Media

Kebebasan Media di sekat.

Di Libya, kebebasan media tidak ada. Selepas beberapa permintaan dari rakyat, kerajaan membenarkan media bebas dalam tahun 2007, dan perlancaran suratkhabar serta tv satellite yang dipelopori oleh anak kepada Gaddafi. Dalam tahun 2009, kesemua ini telah di jadi hak milik negara.

Sumber berita: Huffingtonpostcom. Kekal bersama eekaawordpresscom bagi berita terkini dari Timur Tengah.

Sinbab # eekaawordpresscom.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s