Bahrain: Berita Terkini

Bahrain : Tentera Bahrain tembak kumpulan perusuk- 18 Februari 2011

Di tembak dengan peluru hidup dan menguna senapang anti pesawat

Di tembak dengan peluru hidup dan menguna senapang anti pesawat

Tentera dan para militari polis Bahrain telah menembak kearah perusuh anti kerajaan, saksi dan para aktivis pembangkang berkata.

Kumpulan perusuh telah ditembak setelah mereka bergerak ke tengah Bandar Manama selepas menghadiri perkebumian perusuh yang mati terbunuh semalam.

berdepan dengan tentera.

Saksi berkata, tentera telah menembak peluru hidup dan gas pemidih mata kearah perusuh, sekurang-kurangnya 25 orang tercedera.

Kebanyakan perusuh telah meminta perletakan jawatan keluarga Diraja al-Khalifa.

Putera Raja Sheikh Salman Bin Hamad Al Khalifa telah mengumumkan di TV National Bahrain hari ini, Jumaat, bersetuju untuk mengadakan dialog dengan rakyat bila keadaan rusuhan reda.

Putera Raja, juga Timbalan Ketua Turus Angkatan Tentera Bahrain, meminta kesemua rakyat menghentikan demostrasi jalanan.

Makmulat dari Caroline Hawley dari BBC di Manama menyatakan perkebumian salah saorang penunjuk perasaan berubah menjadi medan demostrasi anti kerajaan.

Kaum kerabat mangsa mencuba memasuki Manama menuju ke Hospital Salmaniya dimana sahabat dan keluarga yang tercedera di rawat.

Para penunjuk perasaan Bahrain : “Kami tidak akan berundur”

Saksi memberitahu TV al-Jazeera bahawa pihak berkuasa tidak memberi apa apa amaran.

“Mereka terus menembak kearah kami. Se kurang-kurang 20 perusuh tercedera. Salah saorang telah mati kerana terkena peluru di kepala,” kata saorang saksi.

Salah saorang penunjuk perasaan, Ali al-Haji kerani bank berusia 27 tahun, memberitahu agensi berita AP, tentera mengunakan peluru hidup.

“Ramai berlari menuju ke merata tempat, dan peluru berterbangan, saya lihat ada yang tertembak di kaki, dada dan ramai yang berdarah di kepala” beliau berkata.

AP melaporkan tentera mengunakan senapang peluru anti pesawat kapal terbang kearah penunjuk perasaan melayang layang diatas kepala mereka.

Pegawai perubatan mengesahkan 25 cedera, tetapi lapuran lain mengatakan lebih ramai lagi yang tercedera.

Bahrain diperintah oleh keluarga diraja berketurunan Islam Sunni dan majoriti rakyat adalah kaum Shia, yang telah menyertai rusuhan.

Sebelum ini, ketua ulama Shia Sheikh Isaa Qassem menyifatkan tindakan tentera keatas penunjuk perasaan sebagai pembunuhan kejam dan kerajaan sebenarnya menutup sebarang dialoq.

Semasa kutbah Jumaat di perkampungan Duraz, para penyokong beliau menyahut dengan laungan “Kemenangan Islam”, “Bunuh Al Khalifa” dan  “Kami Tentera Anda.”

Sinbab #eekaawordpresscom

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s