Timur Tengah: jadual waktu rusuhan pro-demokrasi

025

Protes Seluruh Timur Tengah (Image by Nasser Nouri via Flickr)

Protes di seluruh Timur Tengah (Middle East) di jadualkan akan berlaku dalam beberapa hari lagi seperti berikut:-

Libya: Pengerak demostrasi dengan mengunakan media baru internet akan berkumpul sehingga hari Khamis di dalam protes anti-kerajaan. Pergaduhan pertama diantara pedemostrasi dengan pihak keselamatan berlaku di Bandar Benghazi, bersebelahan sempadan Mesir.

Iran: Pembangkang telah mengadakan protes semalam semasa pengkebumian seorang mangsa terbunuh di dalam pergaduhan dengan pihak polis dan tentera pada hari Isnin lepas. Banyak lagi rusuhan akan berlaku pada hari Jumaat selepas sembahyang Jumaat bila kerajaan dilihat akan menangkap ketua ketua pembangkang Iran.

Mesir: Para pengendali protes di Mesir akan menyambut hari “pembarisan kemenangan” diseluruh Mesir pada Jumaat 18 Februari, 2011.

Morocco: Media Facebook telah digunakan sebagai kempain protes pada hari Ahad ini 20 Februari. Mereka menuntut supaya diadakan pilihanraya umum.

Azerbaijan: Protes akan diadakan oleh pihak pembangkang sebelum akhir bulan di dalam bekas negara Soviet yang kaya dengan minyak dan telah menjadi sebuah Negara pengexport besar Europah.

Bahrain: Protes secara besar besaran oleh barisan pembangkang yang mengandungi tujuh parti politik telah bermula. “Hari ini dan hari hari seterusnya adalah hari protes anti kerajaan”. Meminta perubahan di dalam kerajaan dan perletakan jawatan Sheikh Khalifa bin Salman Al Khalifa, Perdana Menteri Bahrain, yang telah menjawat jawatan itu semenjak tahun1971.

Berita baru: Askar dan Polis telah mengerah beratus-ratus kereta kebal dan perisai bagi mengekang pedemostrasi di Pearl Square Manama, ramai cedera.

Terbaru: Tentera telah mengambil alih Pearl Square di bandar Manama, Bahrain. Pagar berduri di letak disekeliling jalan. 18 MP letak jawatan. Beratus cedera.

Mereka yang tercedera di Pearl Square, Manama, Bahrain.

Yemen: Kumpulan Pro-demokrasi mengadakan protes di Universiti Sanaa dan bertembung dengan pihak polis anti rusuhan serta kumpulan pro- Presiden Ali Abdullah Salleh pada setiap hari sehingga sekarang.

Algeria: Ketua pembangkang bercadang mengadakan pembarisan rusuhan dan protes di ibukota walaupun demostrasi di haramkan. Beribu telah ditahan sejak demostrasi dari hari Sabtu lepas.

Tunisia: Sudah sebulan rusuhan berlaku setelah Presiden Zine El Abidine Ben Ali digulingkan, walaupun begitu masih terdapat siri protes dan pergaduhan dengan tentera dan polis di merata tempat di Tunisia.

Nota lebihan: Manakala di Timur Tepi (East Side): Kelantan :- para peroboh rumah pelacuran dilihat meroboh rumah persundalan yang telah dikesan tanpa apa apa rusuhan sampingan. Seterusnya, baca lah sendiri bro di sini atau pun di sini.

Selamat membaca, salam.

Mat Ell #eekaawordpresscom

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s