Saudi Arabia selepas Bahrain, pastu Veranda Mecca, arrr?

Towers of the Bahrain Financial Harbour in Man...

Financial Centre Manama Bahrain (Image via Wikipedia)

Manama, Bahrain 15 Feb 2011

Protes di Bahrain mendapat perhatian dunia. Semenjak berlaku protes rakyat di Bahrain, dimana terletaknya ketumbukan Kelima Tentera AS, kerajaan Saudi Arabia dan Amerika sedang memerhatikan perkembangan terbaru protes rakyat di negara tersebut.

Tok Arab Menjerit - Tukar Kerajaan

Negara penduduk majoriti Shia ini di perintah oleh kerabat Diraja Sunni, Al–Khalifas. (Lihat disini atau disini)

Dengan kejayaan protes jalanan di Mesir, kumpulan hak asasi manusia di Bahrain telah berkumpul pada 14 hb Februari, 2011, di Manama sebagai hari hak rakyat Bahrain. Protes ini dihari sama di Iran.

Aksi protes pada hari Isnin itu merebak kesemua kawasan penduduk Shia di seluruh pulau dan di buat meniru cara demostrasi rakyat di “Tahrir Square” di tengah Bandar Manama, ibu kota Bahrain. Gambar gambar dari para demostrasi yang di muat turun di laman web menunjukkan polis anti rusuhan mengempur para demostrasi aman dengan gas pemidih mata dan peluru getah.

Berita terkini menyatakan kerajaan masih bertindak ganas keatas penunjuk perasaan. Tiga atau empat puluh penunjuk perasaan telah tercedera akibat keganasan pihak berkuasa dengan dua kematian.

Pemuda 21 tahun mati terkena peluru getah. Keesukan hari semasa kebumian beliau seorang lagi mati terkena tembakan letupan senapang patah.

Walaupun kejadian tembakan peluru getah dan gas pemidih mata  selalu di lalui oleh penduduk Bahrain, kejadian yang meragut nyawa seperti ini adalah pertama kali dalam tempuh beberapa tahun lalu, dan ini boleh menyebabkan merebaknya kemarahan orang ramai terhadap pihak berkuasa.

Kuasa Wanita Berpurdah

Sambil memegang bendera Bahrain para pedemostrasi meminta pertukaran pelembagaan negara itu, serta pembebasan semua tahanan Shia yang telah di tangkap semenjak August 2010 dan dihentikan penindasan ketara keatas rakyat Bahrain.

“Sudah terlambat” kata Nabeel Rajab dari Pusat Hak Asasi Bahrain.

“Semalam rakyat minta perubahan. Hari ini mereka meminta “pertukaran regim.”

Ramai penganalisis politik dari Barat menyatakan cara pertukaran regim di Mesir tidak mungkin berlaku di Bahrain.

Gala Riani, seoarng pakar penganalisis Timur Tengah berkata di Jane’s Defence Weekly “Bahrain sudah biasa dengan kejadian rusuhan seperti ini.”

“Pihak kerajaan boleh menteteramkan keadaan rusuhan seperti biasa berlaku sebelum ini, jikalau ianya berlaku secara rambang dan tidak menyeluruh.”

Itu pun sekiranya rusuhan tidak berlaku menyeluruh disemua tempat atau bandar di Bahrain.

Menurut wartawan wanita Reem Khalifa, penyunting kanan dari Bahrain Al Wasat, rusuhan kali ini berbeza dari rusuhan rusuhan dahulu.

“Kaum muda Sunni dan Shia berganding bahu semasa berdemostrasi dan melaungkan ‘bukan Sunni atau Shia, kita semua adalah Bahrainis, rakyat Bahrain.’ Kita belum pernah melihat gandingan Shia dan Sunni seperti ini dahulu” beliau sebagai berkata.

Beliau juga berkata kaum wanita juga telah bersama sama berhimpun didalam protes tersebut. Ini kerena mereka mungkin tidak akan dikasari oleh pihak polis.

Walaupun demikian, ada juga kaum wanita bersama bendera telah di kasari oleh pihak keselamatan.

Polis anti rusuhan kebanyakan nya terdiri dari kaum Sunni dari Pakistan, Yemen, Syria dan Jordan.

Ibukota Manama, Bahrain

Mereka semua senang diterima sebagai warganegara dan di beri satu keistimewaan, mereka kurang diminati oleh semua para pedemostrasi.

Seorang pedemostrasi memberi tahu saya: “Kebanyakan polis anti rusuhan tidak boleh bercakap Arab. Tidak ada rasa hormat rakyat langsung.”

“Mereka tidak ada rasa hormat kepada Negara dan bendera kita. Mereka hanya menghormati pembayar gaji mereka, kerajaan Bahrain.”

Sementara itu Presiden Amerika, Barrak Obama di lihat akan mengalami satu lagi cabaran di Timur Tengah. Ketumbukan Kelima tentera Amerika Syarikat di Bahrain amat diperlukan apalagi keadaan kesetabilan yang meruncing di Iran semasa ini.

Seperti di Mesir, Amerika dilihat mengambil jalan tengah dengan tidak mencampuri hal hal dalaman negara terbabit.

Sekiranya protes bertambah besar dan parah, dan kerajaan Bahrain mengenakan tindakan ganas, Washington akan berada didalam keadaan serba salah, sekiranya mereka mengambil peranan bersama kerajaan Bahrain sekarang, dengan menidak sebuah kerajaan demokrasi di benua Arab.

Kita melihat Saudi Arabia lebih tertekan dengan rusuhan yang berlaku di Bahrain, yang terletak di sebelah selat dengan Bahrain.

Pakar politik yang rapat dengan kerajaan Saudi Prince Nayef memberi tahu bahawa kerajaan Saudi akan memainkan peranan menstabilkan keadaan sekiranya rusuhan itu menjadi rumit. Disini dimaksudkan ialah kerajaan Arab Saudi akan campur tangan sekiranya keadaan tidak stabil. Mereka mungkin mengunakan kepakaran tentera mereka ke Bahrain.

Lihat peta Bahrain dan Bandar Manama yang lebih besar di sini

Mat Ell #eekaawordpresscom

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s