Mesir menjadi Mentor Pas

Hosni Mubarak

Hosni Mubarak : Image by robertxcadena via Flickr

Ramai diantara para ilmuan sama ada dari Kelantan atau lain lain negeri memberi pendapat masing masing tentang kecelaruan Nik Aziz Dato Menteri Besar, Kelantan.

Dari seorang guru mengajar Al Quran sampai lah beliau diangkat menjadi Menteri Besar dan Ketua Umum Pas melalui penglibatan beliau sebagai ahli politik didalam parti Islam PAS atau PIS.

Tiada apa yang aneh di dalam pencapaian beliau kerana dengan melibatkan diri sebagai ahli politik sesiapa pun boleh menjawat apa apa jawatan jikalau mendapat undi. Jikalau mendapat undi, ya, jikalau mendapat undi.

Berbeza dengan Nik Aziz, Hosni Mubarak adalah bekas juruterbang jet tempur dan bekas komander tentera Mesir. Kedua dua mereka berugama Islam dan mempunyai latar belakang yang berlainan. Walaupun begitu ada persamaan diantara beliau yaitu apabila menduduki sesuatu jawatan penting, mereka berdua degil dari meninggalkan nya kerana dengan ada kuasa mereka boleh membesarkan ekonomi keluarga dan kroni.

Mubarak mengecapi kekayaan yang melampau melalui penglibatan beliau didalam peperangan dengan Israel. Dianggar kan Mubarak telah mengumpul dana dari penglibatan beliau didalam konflik Palestin Israel sejumlah diantara USD40 billion hingga USD70 billion semasa menjadi Presiden Mesir.

Beliau telah menghapuskan hutang Mesir yang berjumlah lebih USD14 billion, setelah bersetuju menandatangani perjanjian damai dengan Israel. Mesir juga mendapat imbuhan berbillion billion ringgit Amerika dari negara barat itu dengan memperkukuhkan tentera Mesir dengan kelengkatan jet jet tempur yang yang hebat hebat dari Amerika.

Walaupun Obama mengesyorkan supaya beliau meletak jawatan sebagai Presiden Mesir dalam kekecohan pemberontakan rakyat Mesir, beliau enggan berbuat demikian. Setelah berminggu minggu pemberontakan rakyat Mesir, beliau mengatakan bahawa beliau sudah jemu menjadi Presiden tetapi seperti yang dijangkakan beliau tidak mahu meletak jawatan kerana risau keadaan negara Mesir akan menjadi lebih teruk. Nik Aziz pun demikian walaupun didalam uzur umur yang lanjut, 80 tahun.

Kedua dua pemimpin ini sebenar nya malas untuk melakukan kerja. Keadaan rakyat Mesir miskin terlampau, sedangkan Mubarak dan kuncu kuncu nya mengawal semua ekonomi negara dan tentera. Jumlah dana yang terkumpul semenjak bertahun tahun dari pengunaan laluan terusan Suez sahaja boleh memberi kesan baik kepada ekonomi Mesir jikalau digunakan sebaiknya, tetapi kebanyakan penswataan agensi kerajaan terlibat dengan rasuah dan merugikan tetapi menguntung para kroni.

Rakyat mendapati sukar mendapat perkerjaan. Saorang guru mengajar 120 murid dalam satu kelas. Gambaran ini menunjukkan budget kepada kementerian pelajaran Mesir yang bercelaru.

Mesir adalah sebuah negara besar dengan 80 juta penduduk. Kelantan negeri kecil mempunyai lebih kurang 1.6 juta penduduk. Walaupun begitu, memerintah sebuah negara atau negeri adalah sama. Ini dapat dibandingkan, ianya seperti mengawal selia sebuah kedai tomyam tepi jalan dan dengan mengawal selia sebuah Pasaraya Besar seperti Mydin atau Giant, atau Kota Bharu Mall.

Kerugian tetap kerugian. Gaji tidak terbayar, wang epf di songlapkan, tidak berdaftar dan sebagainya merumitkan sesebuah organisasi. Setelah hampir 20 tahun di Kelantan dan 30 tahun di Mesir, kedua pemerintah menunjukan prestasi yang sama, caranya sedikit berbeza. Kerana menjual tomyam benda yang boleh disonglap mungkin ikan kering, manakala di store besar lain lain hal yang besar. Begitulah perupamaan nya. Tetapi kedua kedua kedai rugi besar dan rakyat perut kosong kerana tiada kerja.

Kesimpulan: Jikalau berkuasa dan dapat menipu rakyat dengan paksaan samaada dengan teknik menipu mengunakan muslihat agama atau teknik menipu dengan mengunakan kekerasan, maka rakyat akan tetap memberontak secara senyap atau berdemostrasi besar besaran.

Sama sama kita lihat kesudahannya.

Eekaa #eekaawordpresscom

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s