Ada orang suka manggo, pastu komer compare tembikau dengan betik, betulkah tu?

IMG_0959
Image by Brian Chiu via Flickr

Ini bercakap tentang harta peribadi. Makna nya harta dari hasil kerja lah. Harta dibuat dan dikumpul dengan pakai otak. Maklumlah jadi MB, tak payah kerja kuat kuat macam saya. Dah jadi MB, duduk ofis pakai otak, muslihat sana muslihat sini, dah jadi harta terkumpul. Sakit urat dan lain sakit berat tak jadi menjadi masaalah hendak berhenti jadi MB, apa ka jadahnya, otak masih kuat untuk berfikir, dan boleh bercakap cakap dengan Tuhan. Mana tau, kut kut tuhan bagi harta lagi.

Itu yang si “OutSyed The boxkata didalam postnya ” Nik Aziz Vs Ahmedinajad” quote ” Ahmedinajad tolak dunia untuk rakyat , Nikcy Aziz tolak rakyat untuk dunia” dimana ini sememang hebat betul kepala hotak mereka memikirkan hal hal begitu. Saya amat setujulah dengan pandangan mereka ini.

Tetapi ada member lalat hijau kata kenapa tidak compare dengan orang UMNO dengan kereta besar mereka, harta bertimbun timbun, bukan macam Ahmedinajad pakai kereta Pequeot seperti datuk aku dulu? . Mereka ini guna otak juga ke?

Tok Syed kata, kan dia orang jenis lalat hijau dah cap UMNO semua kafir, apa kah jadah nak ambil hal lagi. Ini, komer semua lalat lalat hijau pantang tenggok bulan mengambang, seram bulu tengkok sudah nak jadi vampire, dah dapat seru dari Tuhan, dekat sangat dengan Tuhan, maka mesti lah alim nya, mesti lah ingat rakyat dulu, bukan dunia. Ini tidak, pantang tengok Mercedes, terus duduk belakang. Belum suruh duduk tu, dah tu pantang tengok hotel mewah, terus nak pergi ka Mecca. Kalau tidak dibenarkan pergi pandai merajuk pulak, sampai kata selipar pun orang ambil basuh minum airnya, apa kah jadahnya orang Islam cam tu. Bila dicomparekan Ahmedinajad dengan Nicky Aziz, mula lah lalat lalat hijau kata orang orang lain yang lebih teruk. Betul betul alim kucing orang orang lalat hijau ini, kan begitu.

Macam lah saya syorkan dulu, masukan dan lepas kan demo semua ini kadalam kawasan Taman Negara (Serengeti) di Afrika Selatan, padang ragut segala binatang liar tu, jikalau hendak tahu secucidebu hati kepada tuhan. Bukan kah mereka itu rapat dengan tuhan, sudah tentu para binatang liar jadi tidak liar, terus berzanzi dan bertakbir, dan sudah tentunya menjadi kawan rapat. Tidak dimakan nya. Try lah brother, hantar kan semua fulamak komer semua itu kesana, hendak juga tahu sedalam mana kasih kalbu mu kepada Tuhan, he he he. Tidak payah hantar orang UMNO, komer kan dah kata UMNO kafir, mereka semua tak laku pada diri hangpa. Tentu dirembatnya. Buat apa hang nak compare mereka dengan Ahmedinajad, komer Islam sama Islam, patutlah dicompare dengan perangai komer semua. Baru ada buku dengan ruas. Kata orang compare apple dengan apple, baru betul. Ini tidak, nak compare buah betik dengan buah tembikai, mana boleh, ada orang suka buah tembikai dan ada orang suka betik. Tiba tiba komer suka buah manggo. Semua ini saiz lain lain brother. Tak percaya tanya ustaz komer yang baru khawin muda tu.

Hey, bab buat harta pandai lah bercakap, Islam lah semua, ini orang macam kami ini, hendak makan pun kena fikir bagaimana nak makan. Kena fikir dulu, bukan apa, takut tidak dapat bayar tiket bas balik rumah selepas berkerja. Kurang kurang kami ini amat lah Islamnya, jimat cermat bagaikan nak rak. Komer fikir apa?.

 

 

 

Enhanced by Zemanta

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s