Pakatan tetap dengan keputusan membenarkan bukan Islam mengunakan Allah.
Keputusan itu tetap diteruskan oleh Pakatan walaupun Majlis Syura Pas telah membuat keputusan bukan Islam tidak boleh mengunakannya.
Timbalan pengerusi Pkr, Azmin Ali berkata perkara ini telah di bincang dan di persetujui oleh Pakatan dan tidak ada perubahan didalam isu ini.
Menurut beliau Haji Hadi, Presiden Pas telah berikrar bahawa Pas akan terus bersama dengan keputusan Pakatan semasa mensyuarat majlis presiden Pakatan pada 8 Januari dan keputusan yang dipersetujui oleh mereka semenjak 2010.
Dengan kenyataan ini bermakna Pakatan tetap akan mengelabui mata rakyat terutama orang Islam yang tidak mahu nama Allah digunakan oleh bukan Islam dan Majlis Syura menetapkan untuk menghalang pengunaan nama itu di dalam terjemahan perkataan tuhan.
Tindakan Azmin dilihat sebagai memberi perlindungan keatas parti Pas dalam Pakatan setelah nadi pengerak parti itu Majlis Syura Pas bertindak membelakangi keputusan mereka bersama sebelum ini. Ia juga di buat diatas keperluan politik gabungan itu dan mereda kemarahan para penyokong dan akar umbi Pas dengan ada keputusan menyebelahi mereka dari Majlis Syura Pas baru baru ini.
NST 18 Januari 2013









