Tidak disangka setelah membaca blog blog orang yang sakit mental, rupanya kita Melayu ni telah mengelewang ke udara sambil memegang Islam sebagai agama.
Waduh, semakin tinggi ini, semacam terlalu ramai orang menjadi gila insing.
Siapa, si nabi kerajaan langgit, dimana dia sekarang ini, sudah tentu mereka yang sejenis ini telah mempengaruhi corak pemikiran kaum separuh jalan diantara langgit dan bumi.
Dan kita disaji pula dengan manusia yang bersembahyang dibawah pokok, dan di tepi jalan, kemungkinan satu hari lagi sembahyang di atas atau di dalam sungai.
Bisikan bisikan yang membawa padah kepada manusia didalam era moden semacam sekarang dengan adanya internet boleh membahayakan anak anak muda yang akan menjadi gila insing dengan kepercayaan yang dibawa oleh orang separuh masak, tinggal diantara langgit dan bumi, seperti roh yang sebelum matinya belum bayar hutang PTPTN.
Kesian lah kepada mereka ini, dan buka lah tempat yang sesuai untuk mereka mempelajari ilmu Islam yang lebih baik, bukan didalam hotel sampai pukul tiga pagi, bukan di tempat darul tipu membaca doa menghalau jin atas kepala dengan bayaran lima puluh ringgit, bukan dimana mana sahaja, dibawah pokok, ditepi parking lot, bukan bukan, bukan.
PAS kamu kata kamu parti Islam, berapa ramai manusia Islam seperti ini kamu sudah tolong? Buktikan kamu telah tolong manusia Islam. Jangan ingat buat dinar emas itu sudah tolong orang Islam.
Cuba baca blog ini, mungkin blog pompuan berpedang samurai yang di tembak peha semalam disini.





![Varhaug old church (Long exposure) [Explored #4] Varhaug old church (Long exposure) [Explored #4]](http://static.flickr.com/7389/8753098499_c0604184a6_m.jpg)



