
Encik Rosli dan Maznah Mansor, ibu bapa Asraf semasa di London. Mereka berkata, England sebuah negara pelik.
“Di Malaysia sesiapa yang hendak kan duit mesti berkerja. Dan sekiranya ingin kan pendapatan banyak mesti belajar. Di England orang berkerja beri duit kepada kerajaan dan kerajaan beri duit kepada orang tidak berkerja, atau bersekolah.”
“Ini pelik”.
Beliau merujuk kepada kerajaan England yang mengamal sebagai sebuah negara berkebajikan.
Walaupun penjenayah yang telah di tangkap dan dipenjarakan atas kesalahan merompak anak beliau Asraf, kedua ibu bapa memberi pendapat tentang negara berkebajikan di England sebagai pelik dan mendapat perhatian meluas media di London.
Kita masih samar dengan negara berkebajikan yang akan diamalkan oleh PAS. Sekiranya bentuk nya sama, kemungkinan besar kedua ibu bapa Asraf akan menyatakan pendapat yang sama.

