Libya terkini : “Kami akan ke Benghazi, awas!” Saif al-Islam

Berani, biar sampai mati. Orang Islam yang berani tidak tentu hala, berunding atau lawan dengan kebodohan? Tunisia merusuh awak pun hendak merusuh juga. Dulu sanjung Gaddafi macam tuhan, sekarang nyawa harus melayang pergi jumpa tuhan. Tengok jari orang kanan pemberontak itu, baru sebut Allah. Allah bukan suruh perang dengan orang-orang sesama Islam. Bikin malu kaum jer mereka ini.

Jadi Utraman kejap, takut tetapi berani. Kenapa? kerena otak tidak keruan?? Hendak ikut trend, pandai-pandai lah hang, tutup lah muka, jadi Ultra man, no problema.

http://widget.newsinc.com/single.htm?WID=2&VID=23355916&freewheel=69016&sitesection=ndnsubss

Tentera Libya pro-Gaddafi telah mengejutkan pemberontak dengan mengambilalih dua kawasan strategik di Libya.

Pemberita dari barat mengesahkan Al-Zawiya dan Ras Lanuf di Timur Tripoli dan Sirte telah diambilalih oleh tentera Libya pro Gaddafi.

Pemberontak telah melarikan diri kearah timur melalui padang pasir.

Saif al-Islam memberi amaran kepada pemberontak bahawa tentera pro Gaddafi didalam perjalanan ke Benghazi.

Manakala Mustafa Abdul Jalil, ketua pemeberontak yang baru timbul menyatakan semua kenyataan Gaddafi itu karut.

Dia meminta masyarakat dunia mengikuti langkah Perancis mengiktiraf kalangan pemberontak seperti kumpulan beliau di Benghazi sebagai kuasa politik baru di Libya.

Dia meminta kuasa dan kerajaan barat memberi pertolongan didalam peperangan ini dan berkata “Semua orang tahu ketidakseimbangan kuasa tentera Gaddafi dan kuasa tentera pihak pemberontak. Tentera Gaddafi menyerang bandar- bandar itu untuk menyekat kami keluar dari bandar bandar tersebut.”

Semalam tentera kerajaan membedil Ras Lanuf bertubi-tubi dengan kereta perisai dan pasukan artileri. Sebuah saluran minyak terbakar.

Beratus pemberontak mengunakan kereta dan truk melarikan diri kearah timur melalui jalan-jalan tepi pantai.

Wanita Bahrain: Merusuh menukar kerajaan? Buat apa yang patut, peace ke, apa-apa lah, tetapi kalau kena pancung kepala macamana? Siapa nak tolong anda?Baik kauorang terima offer dari orang-orang PAS, jadi bini nombur dua. Adalah juga rasa ubat kuat haramkah. Bukan pedang.Bukan sakit tapi .........., jawab sendiri bro. "Heei Geram nya aku," kata orang orang PAS. Orang DAP pun? mak oiii, lu tak boleh, sudah potong ker arr!

Bandar Zawiya telah jatuh ketangan Gaddafi dan mereka mengadakan “search and rescue” bagi menangkap para pemberontak Al-Qeada dan petualang Libya. Bandar itu hancur lebur dan sunyi sepi, kecuali kelihatan para militari pro Gaddafi yang mengambil kesempatan mencari, menangkap atau membunuh para pemberontak.

Dengan kemenangan ini, Saif al-Islam menyatakan dengan keras mereka akan melenyapkan para pemberontak Libya, kalangan mereka yang berpaling tadah, penderhaka, pengkianat bangsa, dan hamba al -Qaeda dan kuasa barat.

Beliau berulang kali menyatakan mereka tidak akan tunduk kepada gesaan masyarakat antarabangsa dan menolak usul-usul mereka “Kita tidak akan menerima Amerika di Libya. Libya bukan sebuah kek dan kami bukan ‘Micky Mosue’.”

Red Cross menyatakan Libya telah menjadi sebuah negara didalam kancah perang saudara.

EU akan bersidang hari ini, walaubagaimana pun Afrikan Union menolak sebarang usul barat untuk masuk campur tangan dalam isu Libya. African Union akan melantik lima ketua negara melawat Libya masa terdekat bagi mengetahui keadaan sebenar di Libya sebelum membuat apa-apa keputusan.

Pihak Nato juga masih belum boleh membuat apa-apa kata putus sehingga hari ini dan belum mempunyai kuasa PBB.

Sinbab #eekaawordpresscom

souces of news: BBC, AFP dan Al-Jazeera.

2 thoughts on “Libya terkini : “Kami akan ke Benghazi, awas!” Saif al-Islam

Leave a comment