Libya : Terkini, Perang Saudara – Amaran Saif Gaddafi

Libya: Saif Gaddafi beri amaran perang saudara di Libya!

Anak Muammar Gaddafi, Saif al-Islam Muammar Gaddafi telah memberi amaran akan kemunculan perang saudara di Libya hasil dari pergelutan perusuh anti-kerajaan dengan tentera di negera tersebut.

Amaran itu di siarkan menerusi TV nasional Libya sementara para penunjuk perasaan anti kerajaan telah bergerak ke Bandar Tripoli dari  dari Bandar Benghazi dan ditentang oleh tentera dengan ganas.

Saif Gaddafi semasa lawatan ke Indonesia

Saif Gaddafi mengulas dan memberi jaminan kerajaan akan membuat perubahan politik menyeluruh di Libya dan mengaku Polis dan tentera telah membuat kesilapan besar bertindak ganas, walaupun beliau berkata bilangan mereka yang terbunuh adalah rendah tidak seperti mana yang dilapurkan.

Mengikut data dari pemerhati Hak Asasi sekurang-kurang 233 orang telah terbunuh semenjak Khamis lepas.

Hari ini, lapuran dari Tripoli memberi maklumat Bandar itu sunyi sepi. Sementara itu, pasukan keselamatan Libya masih dilihat berkawal rapi di sekitar Green Square selepas “membaham” perusuh anti kerajaan ala “jumpa bunuh.”

Bangunan kerajaan, Dewan Serbaguna Rakyat di Tripoli telah dibakar dan pihak bomba masih berkerja kuat memadamkan api yang masih membakar bangunan tersebut.

Tembak di Kepala

Petang Ahad lepas saksi berkata gas pemidih mata dan peluru hidup masih di guna bagi mengawal keadaan oleh para miltari dan polis tentera.

Seorang lelaki yang berada di Green Square berkata beliau melihat penembak tepat (sniper) berada di atas bumbung bangunan dan memembak kearah perusuh dan penunjuk perasaan tanpa henti seperti mereka itu mengunakan “machinegun.”

“Orang ramai di tembak di kepala dan di bahagian belakang. Saya sekarang berlindung di rumah saya, saya takut keluar rumah. Keadaan di luar adalah menakutkan” kata beliau kepada BBC.

Lapuran lain ada menyebut beberapa kereta dilekat dengan gambar Col. Gaddafi bergerak laju dan memembak serta melanggar para perusuh anti kerajaan.

Masa-masa sebelum pengumuman Saif Gaddafi di TV orang ramai boleh mendengar keluhan rakyat dan penunjuk perasaan melaung slogan bagi menjatuhkan kerajaan.

Lapuran sebelum ini menyatakan Col. Gaddafi telah meninggalkan Libya membuat ramai perusuh berpesta kemenangan di jalan-jalan utama, tetapi Saif Gaddafi berkata bapa beliau masih berada di Libya dan sedang mengetuai “peperangan” ini.

Pihak keselamatan Libya masih mengunakan gas pemidih mata dan peluru hidup di kawasan Gourghi di Tripoli, mengikut kenyataan saksi tetapi belum ada lapuran mengenai jumlah kematian.

Beratus ratus rakyat Libya, dengan mengunakan pisau dan pistol, telah menyerang kawasan pembinaan firma dari Korea Selatan di barat Tripoli, pegawai dari Embassy Korea Selatan menyatakan perkara tersebut kepada agensi berita Reuters.

Kejadian itu menyebabkan pergaduhan di antara pekerja disitu dimana 15 orang warga Bangladesh dan 3 warga Korea Selatan telah cedera teruk.

Banyak firma dari Korea Selatan menjalankan kerja kerja pembinaan di beratus-ratus tempat di Libya semenjak 10 tahun lepas.

Benghazi, bandar kedua besar di Libya, telah jatuh ke tangan para perusuh dan penunjuk perasaan setelah empat hari. Lapuran tidak rasmi menyatakan seorang general tentera telah berpaling tadah dan berpihak kepada pembangkang.

Doktor-doktor di hospital-hospital berkata mereka tidak lepas tangan kerena terlampau ramai yang tercedera dan ada seorang doktor berkata beliau terpaksa mengurus lebih 50 mayat pada Ahad semalam.

Perusuh telah di lapurkan berada di Bandar Tobruk, al-Badya dan Misrata.

Satu tamparan hebat kepada Col. Gaddafi apabila Puak Warfla, suku kaum terbesar di Libya, telah menyebelahi para penunjuk perasaan.

Manakala kaum al-Zuwayya dibahagian timur Libya akan bertindak menutup saluran minyak untuk di export sekiranya kerajaan tidak berhenti dari “menganas” terhadap penunjuk perasaan, Reuters sebagai berkata.

Abdel Moneim al-Honi, pegawai diplomat Libya ke kesatuan Liga Arab mengumumkan beliau akan bersama puak revolusi dan ambassador ke India, Ali al-Essawi akan meletak jawatan sebagai protes kepada kerajaan yang telah  bertindak ganas keatas penunjuk perasaan.

Pemabuk dan Perompak

Semasa pengumuman di TV Saif Gaddafi membidas komen dari pegawai kanan kerajaan yang berkata para askar sebagai “pemabuk dan perompak” membawa kereta perisai di Benghazi.

“Libya bukan Tunisia atau Mesir” beliau berkata.

Didalam ucapan Saif Gaddafi membidas media asing sebagai penyebar berita palsu di Libya.

Beliau berkata pembangkang dan anasir jahat luar sedang berusaha memecah belah Libya kepada negeri negeri kecil.  Sekira berjaya, “fdi” akan terhenti dan itu akan menyebabkan keruntuhan ekonomi.

Tentera telah memembak perusuh kerana mereka tidak dilatih untuk mengawal pergolakan awam, beliau sebagai berkata.

Beliau memberi amaran sekiranya perang saudara berlaku, rakyat Libya akan menanggis keatas kematian beratus dan beribu rakyat kaum mereka sendiri dan Libya akan kembali kepada corak pemerintahan seperti dibawah kuasa kolonial sebelum ini.

Sumber berita : BBC Anda dijemput bersama dengan eekaawordpresscom untuk berita terkini dari Asia Barat.

Sinbab #eekaawordpresscom

About these ads

One thought on “Libya : Terkini, Perang Saudara – Amaran Saif Gaddafi

  1. Pingback: Tweets that mention Libya : Terkini, Perang Saudara - Amaran Saif Gaddafi : -- Topsy.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s